Tuesday, March 14, 2006

Hari ni aku saja blajaq2 nak rekodkan jejak-jejak aku ke arah menjadi jutawan. Sekurang-kurangnya ada benda nanti yang boleh aku kongsi dengan orang lain bila aku dah jadi jutawan kelak.

Actually aku buntu sikit hari ni, whereas banyak benda yang belum aku selesaikan lagi dgn projek e-commerce aku tu. Mungkin sebab incubator hari ni lengang dan cuma aku berseorangan. Nak ronda-ronda sekitar Komtar atau City Square pun, dlm poket ada seringgit lebih saja (untuk tambang balik rumah ptg nanti). Semalam pun rosek duit-duit syiling 5sen yang aku dan wife aku ada. Wife aku cukup supportive, sedih jugak bila pikiaq2 yang wife aku terpaksa lalui saat-saat macam ni.

Aku rasa ini adalah dugaan kewangan yang agak hebat jugak kali ni bila aku masuk semula dalam bidang perniagaan berbanding sebelum ni. By the way aku tak boleh mudah mengalah.
Dua-dua kereta dah kena tarik. Datang kerja kena naik bas. Tapi sekurang-kurangnya aku boleh lihat dunia dengan lebih luas. Boleh tengok orang-orang yg mungkin lebih susah daripada aku. Boleh dapat idea-idea baru.

Aku target projek e-commerce aku nanti akan meletup dan insyaAllah aku akan tetap jadi jutawan sepertimana yang aku impikan. Kan orang lain dah ada yg jadi jutawan melalui perniagaan internet mereka. Aku yakin aku boleh buat. Be persistent and persevere..

Aku rasa nak kena juga pi jln2 kejap kat kedai buku Popular City Square, browse apa2 yang boleh bagi semangat utk sambung buat kerja lepas ni.

2 Comments:

Blogger Nizar said...

Apa sambungan kisah ini.

3:16 PM  
Blogger eeeda said...

Nie ceta kisah 2006, mungkin 2010 dah jadi jutawan kot.

7:03 PM  

Post a Comment

<< Home